Friday, December 19, 2008

Perkahwinan dan Idil Adha

Sabtu 6.00am kaki sekeluarga bertolak dari Kuantan untuk pulang kekampung. Hujan dari semalam tidak henti-henti mencurah. Dalam kedinginan pagi kami gagah jugalah meredah hari hujan dengan penuh kerisauan. Apa taknya, banjir masih melanda sepanjang jalan yang akan kami lalui.

Hujan tak berhenti walau seketika. Pakteh memandu satria buruk kami dengan berhati-hati. Di sepanjang jalan air telah memenuhi setiap ruang kosong. Alhamdullilah tepat jam 12 kami sampai ke kampung. Nasib baiklah hari hujan, majlis akad nikah adik perempuan pakteh masih belum bermula.

Jam 2 pak iman sampai dan majlis akad nikah bermula. Ini adalah kali ketiga pakteh jadi wali sejak kematian ayah sejak 9 tahun dulu. Walaupun hujan majlis berjalan agak lancar. Tetamu datang tak henti-henti sehinggalah petang.


Malamnya, pakteh dan makteh hantar kakak sulong pakteh balik ke Pulai Chondong. Makteh solat jamak dan qasar. dan pukul 8.00 pm kami balik semula kerumah mak mertua makteh. Malam tu penuh rumah, sampai tak de ruang lagi. Adik beradik Pakteh ramai. Mana-mana yang sampai dulu dapatlah bilik yang selebihnya tidor kat ruang tamu ler jawabnya.

Esoknya, kami bertolak balik ke kuantan. cuaca agak baik. Kami berhenti makan tengah hari di pasir Puteh dan beli sedikit barang. sampai di Setiu, hari mula redup dan hujan turun dengan lebatnya. Masa yang sama radio mengumumkan beberapa batang jalan telah ditutup. Pakteh telefon beberapa orang kawan untuk bertanya maklumat yang lebih tepat.


Kami mengambil keputusan untuk menggunakan laluan tepi pantai. Agak selamat sedikit. Hujan tak juga reda-reda. Pakteh telefon kawannya yang dalam perjalanan balik ke Kuantan dan berjanji untuk berhenti makan di Paka. Lepas makan kita kita pergi sembahyang di masjid Paka dan hampir pukul 7.00 malam baru bertolak ke Kuantan



Sampai di Kijal singgah beli lemang untuk sambutan idil adha keesokan harinya. Oleh kerana hari Hujan, sampai di masjid Saidina Othman barulah kami berhenti sembahyang isyak dan maghrib. Fuh lega rasanya, walaupun hari masih hujan, kampung kami masih lagi belum ditenggelami air.




Wednesday, December 3, 2008

Ego



Semalam koi, makteh dan Adam keliling bandor, pusing punya pusing jumpa lah satu motor warna merah. Koi takleh tengok warna merah, mesti berkenan. Kebetulan koi bawa jururunding, terus koi usha, "mi gunalah kepakaran mi nego harga motor ni, pa dah berkenan". Pada masa yang sama koi jeling tengok reaksi Adam. dia tersenyum jer.




Makteh apa lagi terus ayat ler. lepas 2 atau tiga minit makteh keluar dan senyum, "Tiga ribu" katanya. koi tanya adam mau tak? "ikut papa ler". apa lagi sambil anguk kepala kepada makteh




"pa ada thousand eight dalam poket, Mi ada berapa?"


"Nak bayar terus ker?"


"Habis apa ditunggu"




Makteh belek-belek dalam purse dan bawa keluar not RM50 24 keping. Apa lagi terus bayar ler. Ting-tong, urus tukar nama dan formen tu explain lebih kurang, kul tiga pakteh bawa balik satu motor.




Motor tu sebenarnya untuk adam. Pada awalnya dia nakkan honda fame pakteh punya. Tapi honda fame tu ma adik yang pakai, takkan pakteh nak ambik balik. So pakteh cakap nanti kita beli ler ex5. RM4200 jer. Tapi bila masuk kedai tu, pakteh nampak ego warna merah, condition cantik, mileage baru 13000km registered 1996/12. terus berkenan.

Sunday, November 30, 2008

Dinner sempena Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Jamuan makan malam anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pahang sempena meraikan ulangtahun keputeraan Sultan Pahang di Dewan Konvensyen berlangsung dengan meriah. Pakteh ikut hadir jadi tetamu.










Karnival Sukan Remaja

Ini kerja bidan terjun, tiba-tiba jer makteh balik beritahu "'papa kena tolong set dan masuk data untuk pertandingan sukan remaja" "aik, mana boleh papa sibuk, ada presentation hari isnin, proposal masih belum siap" " please, tolong le papa, jihan dah tak ada orang nak tolong". Pakteh termenung, antara kerja sendiri dan tolong orang!!. Malam tu pakteh bincang dengan Long dan dia sanggup buat so pakteh pun sangguplah menolongnya.



Bila dapat jer program itu, termenung pakteh. banyak formula dan arahan-arahan baru nak kena buat. Sempat ke update. Ah! masalah ni. Sanggup dah sanggup. Gagah jugalah perbetulkan formula-formula tersebut.





Hari pertama, ok, hari kedua ok, hari ketiga tak dapat dielakkan. pakteh tak sempat perbetulkan sheet untuk individu all round. Banyak formula salah. akhirnya dapat diperbetulkan walaupun keputusan pertandingan lewat 1 jam!!

Chef Knife

Sejak lepas Idil fitri hari tu keadaan sungguh sibuk sampai tak nyempat nak update blog. Hari ini agak tenang sedikit. Banyak yang hendak di postkan tapi satu-satulah kan. Pak teh nak cerita pasal Pisau Chef.

Set pertama yang pakteh beli ini adalah set kabuke dari Jepun. Paling pakteh suka. Dah sepuluh tahun pakteh guna. Hari ini hanya tingga 2 bilah sahaja. Yang kecil-kecil semuanya dah hilang, terutama pisau buah, pisau ukir dan pisau kikis. Yang Tinggal hanya pisau Chef sahaja.



Set kedua pakteh beli sejak 3 tahun lepas ialah Princess Knife. Pisau ni pun tajam juga. Tapi kelemahannya adalah handle yang diperbuat dari getah, so bila lama, naik fungus...sungguh tidak cantik.







slicer

Bone Slicer

Chef Knife

Chopper













Ini adalah Chopper yang di hadiahkan oleh makteh. Di beli di kunming China, Sangat tajam tapi nipis. Tak sesuai untuk mencincang tulang dan sebagainya. Pakteh guna untuk memotong sayur.



Ini Pisau pemotong roti, paling lama dan paling jarang digunanakan. Tak tajam sangat.


Sunday, October 5, 2008

Amir dan Pesaka Abang-abang

Selamat Hari Raya dan Selamat Balik kerja. Seperti biasa entri ni koi masuk seminggu sekali jer. Minggu Lepas langsung tak de peluang update. so, apa boleh buat! belum menjadi blogger tegar lagi!.
Figura-figura ini kepunyaan abang-abangnya. Minggu lepas sebelum Raya sibuk dia mengemas dan menyusun figura dan mainan ini. Hasilnya





















Tak Tahan Kepanasan akhirnya buka baju dia walaupun hari sudah larut malam :







Monday, September 22, 2008

Per Tiga Ramadhan

Semalam tazkirah kat surau, memberi tekanan. Mana tidaknya, dah sampai pertiga ramadhan ni sepatutnya dah sampai gear laju, bukan lagi gear siput. Koi masih gear siput tapi mengharapkan pengampunan Allah. Ostaz suwoh tambah gear, baru ler boleh sampai. Sejak berada zon 40 ini semua benda rasa rindu. bila tengok rambut dah hampir tak ada hitam pun terasa rindu gak. Bila malam rindu siang, dan bila siang rindukan malam kaedahnya.

Sunday, September 21, 2008

Tebiat Blogger dan Kain Pelikat

Sekian lama, Makteh peratikan, blogger-blogger ni takleh lekang dengan kameranya. Makteh tengok Poktehpun tak nak ketinggalan, sekejab snap sana, sekejap snap sini, tapi idak le sampai le tahap tegar kot.

Semalam, Pokteh, Makteh, Long, Chic dan Amir keluar pergi bandor. Makteh nak ke Pasor, Along nak ke Bazar, Chic nak gi tukar Baju Melayu, Amir ikut suka-suka dan Pokteh cam biasa lah jadi drebar a.k.a bodi gad, a.k.a mesin ATM.


Lepas Makteh gi pasar, pergi tukar baju kat gedung Hari-hari, Pokteh ajak gi Mydin beli butang baju melayu. Along pilih satu kotak, pokteh pilih kain pelikat dan makteh dok perati. hujung-hujung Pokteh kata "kalau beli 1/2 kodi dapat murah kain pelikat ni".
Makteh ingat cakapnya main-main. Tapi bila tengok Along dan Chic pilih kain supaya corak tak serupa barulah Makteh sedar bahawa Pokteh memang serius nak beli 1/2 kodi. Makteh rasa banyak kain tu. Pokteh kata "sikit jer nanti dapat le 2 helai se orang!".


Malamnya, ketiga-tiga mereka berterawih dengan kain pelikat baru!!.

Thursday, September 18, 2008

Komik

Pokteh mula baca komik awal 1990an dulu. Mula-mulanya tertarik kepada lukisan air yang cantik dan kemas. Kemudian bila baca jalan ceritanya, Pokteh mula faham; ceritanya merupakan cerita sejarah; di komikan dan ditambah unsur-unsur drama, cinta dan sebagainya




Sehingga hari ini Pokteh masih lagi mengikuti dan membaca komik-komik ini. Sudahnya anak-anak Pokteh pun meminatinya saban minggu. "Pa! komik dah beli ke?"

Wednesday, September 17, 2008

First Time


hmmms, After same times i did manage to write something on my own and maybe read by others peoples. Don't know what to write yet, maybe start with set-up the blog, gadget and some sort of my sons tools.


Normally old folks like us talking seriously. That's true, People who alway talking about an ideas are better then people who talk about events. Those who talking about people are the worst!.


Not today, i will not express my ideas. but i will look arounds, take a visit to other people's blogs and trying to make up my blog to be much better.