
Ini kerja bidan terjun, tiba-tiba jer makteh balik beritahu "'papa kena tolong set dan masuk data untuk pertandingan sukan remaja" "aik, mana boleh papa sibuk, ada presentation hari isnin, proposal masih belum siap" " please, tolong le papa, jihan dah tak ada orang nak tolong". Pakteh termenung, antara kerja sendiri dan tolong orang!!. Malam tu pakteh bincang dengan Long dan dia sanggup buat so pakteh pun sangguplah menolongnya.

Bila dapat jer program itu, termenung pakteh. banyak formula dan arahan-arahan baru nak kena buat. Sempat ke update. Ah! masalah ni. Sanggup dah sanggup. Gagah jugalah perbetulkan formula-formula tersebut.

Hari pertama, ok, hari kedua ok, hari ketiga tak dapat dielakkan. pakteh tak sempat perbetulkan sheet untuk individu all round. Banyak formula salah. akhirnya dapat diperbetulkan walaupun keputusan pertandingan lewat 1 jam!!
No comments:
Post a Comment