
Sabtu 6.00am kaki sekeluarga bertolak dari Kuantan untuk pulang kekampung. Hujan dari semalam tidak henti-henti mencurah. Dalam kedinginan pagi kami gagah jugalah meredah hari hujan dengan penuh kerisauan. Apa taknya, banjir masih melanda sepanjang jalan yang akan kami lalui.

Hujan tak berhenti walau seketika. Pakteh memandu satria buruk kami dengan berhati-hati. Di sepanjang jalan air telah memenuhi setiap ruang kosong. Alhamdullilah tepat jam 12 kami sampai ke kampung. Nasib baiklah hari hujan, majlis akad nikah adik perempuan pakteh masih belum bermula.
Jam 2 pak iman sampai dan majlis akad nikah bermula. Ini adalah kali ketiga pakteh jadi wali sejak kematian ayah sejak 9 tahun dulu. Walaupun hujan majlis berjalan agak lancar. Tetamu datang tak henti-henti sehinggalah petang.

Malamnya, pakteh dan makteh hantar kakak sulong pakteh balik ke Pulai Chondong. Makteh solat jamak dan qasar. dan pukul 8.00 pm kami balik semula kerumah mak mertua makteh. Malam tu penuh rumah, sampai tak de ruang lagi. Adik beradik Pakteh ramai. Mana-mana yang sampai dulu dapatlah bilik yang selebihnya tidor kat ruang tamu ler jawabnya.
Esoknya, kami bertolak balik ke kuantan. cuaca agak baik. Kami berhenti makan tengah hari di pasir Puteh dan beli sedikit barang. sampai di Setiu, hari mula redup dan hujan turun dengan lebatnya. Masa yang sama radio mengumumkan beberapa batang jalan telah ditutup. Pakteh telefon beberapa orang kawan untuk bertanya maklumat yang lebih tepat.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan laluan tepi pantai. Agak selamat sedikit. Hujan tak juga reda-reda. Pakteh telefon kawannya yang dalam perjalanan balik ke Kuantan dan berjanji untuk berhenti makan di Paka. Lepas makan kita kita pergi sembahyang di masjid Paka dan hampir pukul 7.00 malam baru bertolak ke Kuantan

Sampai di Kijal singgah beli lemang untuk sambutan idil adha keesokan harinya. Oleh kerana hari Hujan, sampai di masjid Saidina Othman barulah kami berhenti sembahyang isyak dan maghrib. Fuh lega rasanya, walaupun hari masih hujan, kampung kami masih lagi belum ditenggelami air.
No comments:
Post a Comment