Sunday, September 21, 2008

Tebiat Blogger dan Kain Pelikat

Sekian lama, Makteh peratikan, blogger-blogger ni takleh lekang dengan kameranya. Makteh tengok Poktehpun tak nak ketinggalan, sekejab snap sana, sekejap snap sini, tapi idak le sampai le tahap tegar kot.

Semalam, Pokteh, Makteh, Long, Chic dan Amir keluar pergi bandor. Makteh nak ke Pasor, Along nak ke Bazar, Chic nak gi tukar Baju Melayu, Amir ikut suka-suka dan Pokteh cam biasa lah jadi drebar a.k.a bodi gad, a.k.a mesin ATM.


Lepas Makteh gi pasar, pergi tukar baju kat gedung Hari-hari, Pokteh ajak gi Mydin beli butang baju melayu. Along pilih satu kotak, pokteh pilih kain pelikat dan makteh dok perati. hujung-hujung Pokteh kata "kalau beli 1/2 kodi dapat murah kain pelikat ni".
Makteh ingat cakapnya main-main. Tapi bila tengok Along dan Chic pilih kain supaya corak tak serupa barulah Makteh sedar bahawa Pokteh memang serius nak beli 1/2 kodi. Makteh rasa banyak kain tu. Pokteh kata "sikit jer nanti dapat le 2 helai se orang!".


Malamnya, ketiga-tiga mereka berterawih dengan kain pelikat baru!!.

No comments: