Wednesday, December 15, 2010

Memperkenalkan Matematik kepada Kanak-kanak

1. PENGENALAN

Kebelakangan ini pengkaji dalam bidang psikologi kognitif telah memainkan peranan yang penting dalam mengkonsepkan pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal matematik kepada kanak-kanak. Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu didalam bidang metematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka.

Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah ( NCTM, 1989 )

Kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik popular dikaji bermula sejak dari zaman Piaget lagi

2. PERKEMBANGAN AWAL PEMIKIRAN MATEMATIK DALAM KANAK-KANAK
Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-peringkat, dimana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu ( Piaget, 1952 ).

Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Walau bagaimana pun pengkaji-pengkaji selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak-kanak menunjukkan limitasi tersebut ( Donalson, 1978 ).

Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Namun bagi tujuan kertas kerja (assignment) ini, ianya akan menerangkan pelan atau perancangan pengajaran dalam aktiviti berkaitan dengan pembelajaran awal matematik kanak-kanak diperingkat pra sekolah. Aktiviti yang dapat menarik minat kanak-kanak dalam pendidikan awal matematik. Fokus pada peringkat ini bermula dengan kemahiran mengenali angka, membilang dan mengira angka-angka pada kuantiti yang lebih kecil. ( Grffin, Case & Siegler, 1994 )






Jadual 1 : Model tahap Perkembangan Matematik Asas yang dicadangkan oleh
Fuson (1982)

3. KURIKULUM PRASEKOLAH
Kurikulum Prasekolah mengambil kira ciri-ciri dan keperluan pendidikan moden terhadap kanak-kanak masa kini. Kurikulum ini meliputi aspek bahasa dan komunikasi, kognitif, sosial-emosi dan perkembangan fizikal, pendidikan islam dan nilai moral. Begitu juga dalam pendidikan estetika dan kreativiti.

Keseragaman kurikulum juga termasuk membaca, matematik, sains, muzik, seni, drama, fizikal, sosial dan aktiviti afektif. Kesemua aktiviti ini membantu kanak-kanak membina pengetahuan dan menggunakan pengetahuan itu kearah yang bermakna. (Rohani Abdullah,2010).
Kandungan yang terdapat dalam kurikulum Prasekolah kebangsaan;
a )Komponen Bahasa dan komunikasi.Komponen ini terbahagi kepada :
i. Kurikulum Bahasa Melayu
ii. Kurikulum Bahasa Cina
iii. Kurikulum Bahasa Tamil
iv. Kurikulum Bahasa Inggeris
b ) Komponen Perkembangan Kognitif
c ) Komponen Kerohanian dan moral. Terbahagi kepada dua;
i. Kurikulum Pendidikan Islam dan
ii. Kurikulum Pendidikan Moral
d ) Komponen Perkembangan sosioemosi
e ) Komponen Perkembangan fizikal
f ) komponen kreativiti dan estetika

4. TEORI PEMBELAJARAN

Bagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat prasekolah , pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Scocrates dan Plato lagi. Teori pembelajaran yang kerap dirujuk oleh para pendidik dan penyelidik sebelum ini, iaitu;
a) Behaviurisme
b) Kognitif
c) Humanistik
d) Konstruktivisme

Teori-teori pembelajaran yang pernah dipelajari seperti teori behaviurisme dan teori kognitif, yang juga disebut sebagai teori modenis, menyatakan bahawa ilmu pengetahuan terdiri daripada fakta yang nyata dan benar. (Aminah Ayob, 2005). Ianya adalah benar dan tidak boleh diubah atau ditukar.

Maka pembelajaran tentang fakta itu hendaklah dilakukan secara didaktif dan objektif supaya fakta itu dapat di pindahkan kepada pelajar secara “bulat”. Pembelajaran awal matematik diperingkat prasekolah melibatkan teori kognitif iaitu memfokus kepada proses disebalik tingkahlaku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diigat oleh pelajar.

Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema ( the internal knowledge structure ) berkembang apabila kanak-kanak berintekraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru.


4.1. TEORI KOGNITIF

Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah, ketika menimba ilmu dengan menggunakan berbagai-bagai ransangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Murid menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati disekeliling mereka seperti butang, tutup botol, biji benih, batu, bongkah dan lain-lain.

Objektifnya:
a) Berfikir secara logic matematik melalui manipulasi objek secara konkrit.
b) Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains.
c) Meningkatkan sikap ingin tahu dan suka meneroka.
d) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. (Shahizan Hassan, 2006)

5. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Sebagai seorang guru prasekolah, seharusnya mengetahui cara-cara pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tahap umur diperingkat ini supaya sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak, kebolehan, kematangan dan menyeronokkan. Disamping itu, guru juga haruslah memastikan bahawa pengajarannya menyeronokkan, kepelbagaian dan afektif, supaya pengajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Rujuk Gambar Satu, kanak-kanak leka bermain sambil belajar.


Guru-guru harus juga memastikan setiap murid mempunyai pilihan untuk belajar. Dengan ini setiap guru perlu merangka dan merancang setiap pengajarannya. Kurikulum prasekolah telah menetapkan empat pendekatan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu;
i ) Pendekatan belajar sambil bermain
ii ) Pendekatan bertema
iii ) Pendekatan bersepadu
iv ) Komunikasi dan maklumat teknologi
( Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003 )


5.1. PENDEKATAN BERSEPADU

Pendekatan yang dipilih dalam pendidikan awal matematik untuk kertas kerjakali ini adalah pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu ini membolehkan kanak-kanak memahami kehidupan setelah berakhirnya pengajaran yang diberikan oleh guru. Mereka akan belajar apa saja yang terjadi di dalam kehidupan sebenar yang mempunyai kaitanya diantara satu sama lain dan tidak mempunyai keteransingan diri.
Pendekatan Bersepadu Terdiri;
a ) Intergrasi diantara komponen
b ) Intergrasi kemahiran dan nilai positif
c ) Intergrasi aktiviti didalam bilik darjah dan luar bilik darjah
d ) Intergrasi penumpuan aktiviti terhadap guru dan juga kanak-kanak
e ) Intergrasi kepelbagaian kaedah dan teknik .
Pendekatan bersepadu boleh juga digunakan untuk aktiviti yang mempunyai kaitan dengan bermain. ( Dr Zahyah Hanaf, 2010 ) Gambar 2 menunnjukkan set alat permainan yang diginakan sebagai alat bantuan mengajar.


5.2. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM MATEMATIK
Memandangkan tugas seorang guru prasekolah agak padat maka perancangan aktiviti yang berkesan amat penting pada seorang guru. Guru hendaklah mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya dapat menarik perhatian kanak-kanak prasekolah.
Antara aktiviti tersebut ialah:
a ) Aktiviti di dalam bilik darjah
b ) Aktiviti berkumpulan
c ) Aktiviti perseorangan

5.2.1. Aktiviti di dalam bilik darjah

Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang sama. Kebiasaannya aktivi berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan diakhir sesi pembelajaran. Gambar 3 menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah.

5.2.2. Aktiviti berkumpulan
Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak-kanak belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam akativiti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan kedua-dua jantina dan juga bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam kuantiti yang kecil agar semua kanak-kanak dapat melibatkan diri atau mengambil bahagian. Guru boleh memilih aktiviti yang sama atau berlainan. Objektif utama adalah untuk membentuk kanak-kanak supaya dapat bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
5.2.3. Aktiviti Perseorangan
Disamping aktiviti didalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan.. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada kanak-kanak kerana ianya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan secara perseorangan kepada kanak-kanak. Gambar 4 menunjukan contoh permainan individu dengan menggunakan computer.


6. PLAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Plan aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah ini berlangsung selama setengah jam (1/2 jam). Aktiviti ini adalah bagi kanak-kanak 5 tahun . Perancangan aktiviti ini melibatkan permainan konsep nombor.
Subjek: Matematik
Jumlah Pelajar : 20 orang
Umur : 5 Tahun
Masa : 9am hingga 9.30am. ( 1/2 jam )
9.00am-9.05am
Induksi
Memperkenalkan bongkah dan konsep nombor
Guru menerangkan sambil menunjukkan bongkah.
Kanak-kanak akan memahami

9.05am-9.15am
Memberikan pengalaman deria sentuh kanak-kanak kepada konsep nombor & kuantiti. Menggunakan bongkah yang berbagai-bagai bentuk. kanak-kanak memegang 2 bongkah, satu ditangan kiri dan satu di tangan kanan, sambil berkata “satu bongkah” .Setiap kali mereka menunjukkan bongkah pada tangannya. Kemudian, sambil menunjukkan kedua-dua bongkah mereka berkata lagi “ dua bongkah”.cara yang sama juga dilakukan pada nombor yang seterusnya. Lama-kelamaan, kanak-kanak boleh mengatur bongkah-bongkah itu mengikut ciri-ciri yang lain.

9.15am-9.25am
Bagi mengembangkan kebolehan membilang secara berturutan dan mengikut kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kanak-kanak mengambil beberapa ketul bongkah. Setiap orang membilang bongkah satu demi satu. Kanak-kanak lain memerhatikan dengan teliti.
1. Beberapa ketul bongkah diatur dalam satu baris dan kanak-kanak membilang.
2. Satu susunan yang tinggi seperti menara disusun menggunakan bongkah . Kanak-kanak membilang ketul-ketul bongkah yang digunakan bagi membuat binaan itu.
3. Bongkah-bongkah disusun berbaris seperti kereta api. Kanak-kanak diminta menunjukkan kedudukan bongkah pertama,kedua, ketiga dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan selepas kanak-kanak biasa dengan konsep nombor. Pada peringkat permulaan jangan melebihi angka 5 kemudian 10.

9.25am-9.30am
Memberi rasa keseronokkan belajar metematik Guru menyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu yang mempunyai sebutan nombor sambil menggunakan jari-jemari. Lama-kelamaan kanak-kanak dapat ,membilang dengan menggunakan jari sambil menyanyi.



7. RUMUSAN

Berdasarkan plan pengajaran yang digunakan oleh guru didalam kertas kerja ini, kanak-kanak seawal usia prasekolah sebenarnya amat tertarik dengan pembelajaran matematik. Guru haruslah memainkan peranan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya rasa minat itu tidak pudar apabila melangkah ke alam persekolahan dan akhirnya keperingkat yang lebih tinggi lagi.
Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah Negara maju yang berteraskan Sains dan Teknologi. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi . Bagi menjamin masa depan Negara , kita perlu menkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang metematik dari peringkat awal persekolahan.

Pembelajaran matematik bukan saja diperluaskan disekolah malah ianya bermula diprasekolah lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang dapat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi.

Rujukan

1. Rohani Abdullah, Nani Menom & Mohd Sharani Ahmad (2003), Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan, Kuala Lumpur
3. Ministry of Community, Aboriginal and Women’s Services (1996), Guiding Children’s Behavior. British Columbia

4. PERMATA Negara, (2009), Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

5. Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, ( 2008 ) Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak , Fakulti Pendidikan dan Bahasa.OUM.

6. Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005), Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

7. Zahyah Hanafi, (2010), Cognitif Planning and Teaching, Fakulti Pendidikan dan Bahasa. OUM.

Perkembangan Affektif

1. PENGENALAN
Belajar dipandang sebagai satu daya upaya sedar seseorang individu untuk memperoleh perubahan perilaku secara keseluruhan, baik aspek kognitif ,afektif dan psikomotor. Bermula diperingkat prasekolah lagi segala aspek pembelajaran telah diajar oleh guru, samada secara langsung atau tidak . Pembelajaran dalam aspek kognitif secara tidak langsung sebenarnya ia mengandungi nilai-nilai afektif.

Pendidik mengawasi perkembangan awal kanak-kanak agar dapat mengesan keberkesanan kaedah pengajaran dan dapat mengetahui pencapaian kanak-kanak tersebut (Linfield, Warwic & Parker, 2008 ).

2. DEFINISI AFEKTIF

Afektif ialah berkaitan nilai, sikap, minat, keprihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan, dan mempunyai sahsiah yang baik. Ia memberi satu kesan atau perubahan dalam seseorang atau sesuatu. (Putri Zabariah, 2008 )
Komponen afektif mengandungi;
i ) Komponen Perkembangan Sosioemosi
ii ) Komponen Kerohanian dan Moral
- Kurikulum Pendidikan Islam dan
- Kurikulum Pendidikan Moral

2.1. Komponen Perkembangan Sosio-emosi
Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan sosioemosi ialah “ perkembangan sosial dan emosi di kalangan kanak- kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.

Melihat dari sudut sistem pendidikan kebangsaan dinegara kita juga telah menyatakan bahawa pencapaian cemerlang seseorang kanak-kanak itu bukan sahaja melibatkan aspek akedemik iaitu kognitif tetapi juga dari segi sosioemosi kanak-kanak itu sendiri iaitu afektif.

2.2. Komponen Kerohanian dan Moral
Komponen Kerohanian dan moral amat penting bagi pemupukan nilai-nilai dalamam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam.

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi. Ini bertujuan agar dapat membentuk asas sahsiah dan kerohanian kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak dikatakan dapat meluahkan perasaannya apabila dapat berinteraksi dengan keluarga , guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat disekelingnya. Semua ini adalah dari sudut perkembangan afektif.

3. DIFINISI KOGNITIF
Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk memahami dunia sekitar mereka (Putri Zabariah,2008 ). Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah, ketika menimba ilmu dengan menggunakan berbagai-bagai ransangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah.
Perkembangan perkembangan kognitif merangkumi:-
I ) Komponen Bahasa dan Komunikasi
Ii ) Komponen perkembangan kognitif

3.1. Komponen Bahasa dan Komunikasi
Komponen bahasa dan komunikasi adalah terdiri daripada Perkembangan bahasa adalah bahagian penting daripada sifat kognitif manusia. Memahami perkembangan bahasa merupakan aspek penting untuk memahami dasar dan mengingati pelbagai komponen linguistik.

Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan
manusia, ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan belajar. Perkembangan bahasa anak-anak bermula dari yang sederhana sampai yang kompleks. Namun dalam usia empat bulan, bayi boleh membaca bibir dan membezakan bunyi ujaran.

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyatupadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

3.2. Komponen perkembangan kognitif
Mengikut pandangan Dr Putri Zabariah dalam bukunya yang bertajuk Pemerhatian dan Penilaian kanak-kanak, perkembangan kognitif merangkumi kesemua perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan individu. Ia adalah satu proses untuk melihat bagaimana maklumat yang diperolehi daripada persekitaran diterima , disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diigat semula apabila perlu.

4. PANDANGAN PAKAR-PAKAR PENDIDIKAN
Perancang kurikulum kanak-kanak lebih memberi perhatian kepada perkembangan kognitif dan mengabaikan perkembangan affektif. (Rohani Abdullah, 2008). Hakikatnya, kedua-duanya adalah penting.

Shalizan Hassan dan Ahmad Shahabuddin Che Noh (2006) memasukkan perkembangan Domain afektif secara langsung (comfirmity approach) dalam kurikulum berasaskan tematik. Manakala Rohani Abdullah memilih untuk menerapkan perkembangan affektif secara adaptasi (adaptation approach) dalam proses pembelajaran kanak-kanak.

Kurikulum kanak-kanak seharusnya hendaklah mempunyai keseimbangan termasuk membaca, matematik, sains, muzik, seni, drama, fizikal dan sosial . Ianya bukan saja mencakupi mata pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi juga meliputi kegiatan kesenian, kebudayaan, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak didalam dan diluar bilik darjah dibawah kelolaan institusi atau sekolah. (Al-Tourny Al-Syaibany 1979, Gardon & Brown 1989 dalam Saayah Abu ( 2006 ).

Perkembangan afektif dilihat sebagai sampingan dalam pembelajaran dan pengajaran. Namun sekiranya dihalusi secara mendalam, ianya merangkumi keseluruhan pembelajaran. Cuma tidak difokus secara tepat pada satu-satu subjek yang diajar. Melihat dari teknik-teknik yang digunakan oleh guru-guru tadika, secara tidak langsung afektif diselitkan diantara ruangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagainya contohnya apabila guru mengajar membaca dalam subjek bahasa melayu . Sudah pasti maklamat utama atau harapan guru supaya kanak-kanak mampu belajar membaca dengan seronoknya. Dengan ini guru- guru tadika, kebanyakanya akan berusaha supaya mampu membuatkan kanak-kanak seronok atau ketawa. Lalu mereka akan mengajar dengan cara menyanyi.

5. KAJIAN KES

5.1. PENGENALAN
Kajian telah dilakukan keatas sebuah tadika yang terletak di perumahan Sungai Isap, Kuantan. Berikut adalah Ringkasan Laporan Kajian yang meliputi pelan pengajaran yang diajar oleh seorang guru berbangsa melayu selaku tenaga pengajar Subjek Bahasa cina di Tadika Iqra’ Siti Fatimah. Memandangkan guru tersebut merupakan seorang guru yang mengajar separuh masa maka konsep mengajar secara bertema digunakan. Ini adalah kerana masa yang diperuntukkan oleh tadika berkenaan hanyalah satu jam sahaja dalam seminggu. Kebijaksanaan guru tersebut telah memberikan pengisian yang amat berguna kepada kanak-kanak ditadika terbabit.

5.2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian kes ini adalah melihat samada penyampaian guru dari sudut perkembangan afektif diterapkan semasa menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan:-

a) Adakah guru telah menyampaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran secara langsung (Comformity Approach) atau Secara adaptasi (adaptation Approach).
b) Apakah kesannya kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

5.3. KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian adalah menggunakan observasi situasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan selama satu jam. Dengan menggunakan senarai semak , pemerhatian secara langsung tingkahlaku antara guru dan kanak-kanak dicatatkan sepertimana dicatatkan dalam borang 1 : Senarai Semak.
Tempat dan situasi adalah sepertimana dinyatakan didalam para 6.4 Maklumat ringkas Kajian seperti mana berikut.

5.4. MAKLUMAT RINGKAS KAJIAN

a) Umur : 5 Tahun
b) Tempat : Iqra Siti Fatimah,
c) Subjek : Bahasa Cina ( Tema: Keluarga )
d) Masa : Sesi Pertama- 9.00am -9.30am ( ½ jam ) Sesi Kedua - 9.30am - 10.00am (1/2 jam )
e) Jumlah Murid : 24 0rang

5.5. PLAN PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN AFEKTIF
Pemerhatian telah dibuat terhadap pelan pembelajaran selama satu jam agar satu penilaian berasaskan kurikulum atau aktiviti dapat dilakukan pada penghujung sessi pembelajaran. Berikut adalah pelan pembelajaran satu jam yang telah dibahagikan kepada 2 sessi seperti mana berikut:-


JADUAL 1 : PELAN PEMBELAJARAN
MASA OBJEKTIF AKTIVITI CATATAN

9.00am-9.05am
Perkembangan Kognitif
keluarga –maksud dan sebutan
Perkembangan Affektif
Menghormati ibubapa
Guru menerangkan sambil menunjukkan gambar keluarga
Kanak-kanak akan memahami apabila melihat gambar keluarga yg terdiri dari ibu bapa.

9.05am-9.15am
Perkembangan Kognitif
Memperkenalkan keluarga asas

Perkembangan Affektif
Menerapkan nilai-nilai murni mengikut Islam
Guru menunjukkan gambar ayah dan ibu. Sambil menyuruh kanak-kanak menyebut.Ba ba (ayah) dan gambar ibu dengan menyebut Ma ma ( ibu ).

Disamping itu guru menggunakan pendekatan sambil menyanyi lagu dalam bahasa cina.

Ke ren lai…, Kan ba ba.., Ba ba bu cai jia…, Wo jing ke ren xien zhoa xia, Zhai cin yi bei cai….

Kemudian guru akan menukar atau menunjukkan gambar ibu sambil kanak-kanak berdiri dan menyanyi lagu untuk ibu.
Ke ren lai…,Kan Ma ma
Ma ma bu cai jia…. ,Wo jing ke ren xien zhoa xia, Cai jing yi bei cai….

Sebutan:
Akhirnya kanak-kanak dapat memahami bahawa ba ba adalah ayah. Dan ma ma adalah ibu.

Nilai Kerohanian
Agar Kanak-kanak dapat menghayati dan menghormati ibubapa mengikut kaedah Islam.
9.15am-9.25am Perkembangan Kognitif
Memperkenalkan istilah adik-beradik. Guru menggunakan gambar abang dan kakak.

Perkembangan Affektif
Menghormati Orang yang lebih tua Guru masih menggunakan pendekatan yang sama iaitu menyanyikan lirik lagu yang sama tetapi menukar perkataan ba ba kepada ge ge dan ma ma kepada jie jie.
Ge ge bererti abang dan jie jie adalah kakak.


Kanak-kanak dapat memahami istilah ge ge dan jie jie dalam bahasa cina.

9.25am-9.30am Perkembangan Kognitif
Pengukuhan sebutan
Perkembangan Afektif
Meningkat Emosi keseronokan kanak-kanak belajar bahasa asing dari kehidupan mereka seharian dirumah.
Guru bersama kanak-kanak menyanyi bersama-sama dari awal hingga akhir.
kanak-kanak belajar sambil bermain.
Sesi kedua
Lakonan watak
. 9.30am-9.35am Perkembangan Kognitif
Pengukuhan sebutan dan hubungkait keluarga asas.

Perkembangan Afektif
Memupuk kasih saying dan menghormati hubungan kekeluargaan
Guru mengasingkan kanak-kanak kepada empat kumpulan. .Dalam setiap kumpulan terdiri dari ba ba, ma ma, ge ge, jie jie, die die dan mei mei.

Guru juga memberikan flash card kepada setiap kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat menyebut dan memahami maksud sebutan keluarga asas.
9.35am-9.40am Perkembangan Afektif
Erti hidup bersama dalam satu keluarga.
Guru memberikan peranan kepada setiap kanak-kanak untuk memegang watak masing-masing.

Pengukuhan sebutan dan memahami peranan dalam keluarga.
9.40am-9.55am. Perkembangan Afektif
Memahami peranan dalam keluarga.
Guru memberi arahan sambil menunjukkan gaya watak setiap orang.
Contohnya , bagaimana peranan seorang ba ba (ayah) ketika keluar pergi bekerja.
Gaya seorang ibu (ma ma ) ketika sedang memasak.
Meningkatkat emosi Kanak-kanak dan memahami watak masing-masing.
9.55am-
10am Penutup .Guru menyanyi lagu ke ren lai bersama dengan kanak-kanak.

5.6. PEMERHATIAN
Pemerhatian dan penilaian dilakukan terhadap kaedah dan keberkesanan guru dalam mengendalikan kelas dan penerimaan atau tindakbalas kanak-kanak apabila proses pengajaran pembelajaran di sampaikan.Pemerhatian ini adalah berdasarkan:-
5.6.1. Kaedah dan Keberkesanan
Corak pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut amatlah menarik. Ini adalah kerana diselitkan tanpa sedar atau secara tidak langsung (adaptation approach) nilai-nilai afektif dalam pengajarannya .

Pembelajaran secara tidak langsung (adaptation approach) bermaksud guru memberi nilai-nilai yang merangsang perkembangan afektif (iaitu komponen perkembangan sosioemosi dan komponen perkembangan kerohanian dan moral) semasa menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kognitif (dalam kajian kes ini perkembangan bahasa dan komunikasi). Berlawanan dengan kaedah pendekatan langsung yang mana perkembangan afektif ini diterapkan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rohani Abdullah, 2008)
5.6.2. Tindakbalas dan penerimaan Kanak-kanak
Pendekatan Belajar Sambil Bermain sebenarnya merangsang minat kanak-kanak untuk terus memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah selaras dengan pendapat Piaget (1952) yang menyatakan bermain adalah seperti satu tugasan bagi kanak-kanak.

Adalah didapati kanak-kanak memberi tumpuan yang baik semasa guru memberi pengajaran dan kanak-kanak menerima pengajaran tersebut dengan turut serta semasa sessi lakonan. Ini menunjukkan kanak-kanak telah berjaya menguasai pembelajaran dengan kemampuan menyebut perkataan dan memahami perkataan yang disebutkan.

Apabila kanak-kanak dapat melakonkan watak-watak yang diberikan oleh guru, maka kanak-kanak tersebut dapat mengusai perkembangan kognitif dan perkembangan afektif yang telah disampaikan kepada mereka.

5.7. DAPATAN HASIL KAJIAN
Kajian Kes ini telah menunjukkan bahawa penyampaian komponen perkembangan Afektif boleh diterapkan semasa guru-guru mengajar perkembangan Kognitif dalam kelas. Ini jelas memberi kesan yang lebih mendalam terhadap makna kepada pengajaran tersebut.

Hasil kajian kes juga menunjukan bahawa objektif kajian telah dicapai dimana kita dapat mengetahui apakah perkembangan afektif dapat dilaksanakan semasa mengajar perkembangan kognitif.

5.8. KESAN PERKEMBANGAN KOGNITIF KEPADA KANAK-KANAK
Kanak-kanak seusia 4 hingga ke 6 tahun mempunyai tahap perkembangan sinap yang begitu pesat. Penerapan ilmu dengan menggunakan apa-apa pendekatan akan merangsang minda kanak-kanak. Oleh yang demikian adalah penting guru-guru dapat memberi imput positif agar dapat menggalakkan perkembangan kognitif, affektif dan psikomotor kanak-kanak dapat berkembang secara maksima agar dapat membentuk asas pembelajaran yang kukuh.

Walaupun guru ini menggunakan pendekatan adaptasi, kanak-kanak dapat menerima kedua-dua cabang perkembangan iaitu perkembangan kognitif dan perkembangan affektif secara berkesan. Kanak-kanak dapat menyebut perkataan dengan betul dan memahami maksud perkataan tersebut. Pada masa yang sama kanak-kanak juga memahami bahawa mereka harus menghormati ibubapa dan orang yang lebih dewasa dari mereka.Ini sebenarnya memberi pengajaran yang mengembirakan mereka.,

5.9. CADANGAN DAN KESIMPULAN
Saya kira, dengan masa yang begitu singkat, guru mempunyai tekanan untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak. Walaupun guru menggunakan pendekatan Belajar Sambil Bermain, tetapi perkataan dan sebutan itu harus dikuasai dalam masa yang singkat.
Ini menyebabkan guru tidak dapat memerhatikan bahawa kesemua kanak-kanak telah berjaya menguasai sepenuhnya kemahiran kognitif dan kemahiran affektif. Haruslah masa yang lebih panjang diberikan kepada guru agar pembelajaran kedua-dua perkembangan ini dapat diterapkan dengan berkesan dan memberi kesan positif dan mengembirakan kanak-kanak.

6. RUMUSAN
Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlulah mengambil pendekatan bersepadu dengan mengambil kira perkembangan kanak-kanak didalam semua bidang fizikal, emosi dan kognitif. Ini bertepatan dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) yang mengesyorkan pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip.

Pembelajaran secara langsung akan memberikan kanak-kanak ilmu yang mengikut panduan yang disampaikan oleh guru, manakala pembelajaran secara adaptasi memberikan peluang kepada kanak-kanak mengaitkan perkembangan kognitif dan affektif secara lebih berkesan.
Oleh yang demikian, emosi mereka lebih ceria dan memahami hubungkait diantara satu perkara dengan perkara lain.

Rujukan
1. Griffords sue and Coltman Penny (2008), How Many shapey one have you got? Number and Shape in the Early Years In David White bread and Penny Coltman (Eds), Teaching and Learning in the Early Years, (pp 323-336) Routledge,

2. PERMATA Negara, (2009), Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur

3. Putri Zabariah Megat Abdul Rahman, ( 2008 ) Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak , Fakulti Pendidikan dan Bahasa.OUM. Kuala Lumpur.

4. Rachel Spanks Linfield, Poul arwick and Christie Parker (2008), I'm putting crosses for letter I don’t know, Assesment in Early Years In David White bread and penny Coltman (Eds), Teaching and Learning in the Early Years, (pp 89-108) Routledge, NY

5. Saayah Bt Abu (2006), Pelaksanaan Aktiviti Belajar Sambil Bermain di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah, Jurnal Pendidikan

6. Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005), Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

7. Zahyah Hanafi, (2010), Cognitif Planning and Teaching, Fakulti Pendidikan dan Bahasa. OUM. Kuala Lumpur

Seni dan Kreativiti

1. PENGENALAN
Analogi dan metafora bermula dari perkataan analog, iaitu sesuatu yang merupai yang lain. Kamus Dewan memberikan maksud analogi sebagai perbandingan atau kiasan yang mempunyai persamaan dan yang mempunyai ciri-ciri persamaan atau sebahagiannya. Shamsudin Jamil (2010) mentakrifkan analogy sebagai satu pernyataan berdasarkan perbandingan dua perkara yang mempunyai persamaan atau perbezaan contohnya umpama burung terbang diawan atau cantik seperti bunga mawar.

Manakala metafora pula bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna maksud lain daripada maksud yang sebenarnya. (Kamus Dewan, 2005). Shamsudin Jamil (2010) mentakrifkan metafora sebagai penerangan yang memberi maksud terhadap sesuatu perkataan, prasa, atau dalam bentuk perbandingan seperti tikus bermaharajalela bila kucing tiada.

Kesenian adalah satu alat dan refleksi komunikasi dikalangan kanak-kanak terhadap dunia luar. Pendidikan seni merangkumi pendidikan seni lukis, Muzik, tarian, lakonan dan pelbagai lagi bentuk seni tampak. Pendidikan seni akan mengembang gaya pemikiran dan kreativiti kanak-kanak. Mendorong potensi dalaman kanak-kanak akan meningkatkan keupayaan bahasa dan pertuturan, kemahiran menggunakan logika dan matematik, membangunkan kemahiran melakar semula, kemahiran pergerakan, musika, interpersonal, berinterasik dengan alam sekitar dan memahami kewujudan manusia (Shamsudin Jamil, 2010).

Adalah penting, menggunakan kesenian untuk menerapkan cabang ilmu kepada kanak-kanak. Dengan adanya kemahiran seni kanak-kanak akan dapat mengekspresi diri mereka dalam bentuk yang kreatif dalam menyampaikan idea, emosi dan perasaan.
Oleh yang demikian, suatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti harus dirangka, dimana unsur-unsur kesenian seperti seni tampak, muzik dan pergerakan digabungkan dan disampaikan kepada kanak-kanak agar dapat mereka menguasai imiginasi dan dapat meluahkan semula dalam bentuk yang kreatif.

Untuk mencapai tujuan itu, teknik dan proses merangsang kreativiti kanak-kanak harus diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses dan teknik tersebut akan dijelaskan dalam bentuk jadual pengajaran pembelajaran yang akan diberikan kepada kanak-kanak Dari minggu ke minggu sehinggalah kanak-kanak dapat mempersembahkan satu bentuk seni persembahan pada penghujung proses pembelajaran.


2. PERANCANGAN MENGHASILKAN HASIL SENI
Pada kertas kerja kali ini saya akan membuat perbandingan dengan menggunakan peribahasa yang memberi maksud bahawa untuk mendidik anak-anak kecil atau kanak-kanak haruslah bermula dari bawah atau dari asasnya lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berbalik kepada kanak-kanak ditadika, guru-guru mendidik kanak-kanak sejak dari awal bulan persekolahan lagi. Apatah lagi jika sekiranya aktiviti yang ingin dipersembahkan kepada kepada ibu bapa pada hari anugerah sijil pada akhir tahun. Maka didalam kertas ini disediakan satu bentuk pelan pengajaran dari peringkat awal hingga kanak-kanak dapat membuat satu persembahan pada akhir tahun.

2.1. SENI VISUAL
Satu pelaan pengajaran akan disediakan bermula dari awal hingga berhasilnya segala usaha dan aktiviti yang dihasilkan. Ini merupakan pelan pengajaran yang mempunyai kaitan dengan seni drama dan penceritaan.

2.2. LAKONAN DAN PERGERAKAN
Lakonan adalah perlakuan meniru pergerakan dan reaksi orang lain dengan emosi dan psikomotor di gunakan. Ini bersesuaian dengan kanak-kanak yang dilahirkan dengan kreativiti (Lowenfeld, 1975). Kreativiti bersifat ekspresi kanak-kanak secara semulajadi dan bebas mampu merangsang perkembangan emosi dan mematangkan pergerakan terkawal dan menghasilkan bentuk seni yang dapat di appriasiasi oleh ibubapa dan kawan-kawan kanak-kanak itu sendiri.

Seni pergerakan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan kreativiti, emosi yang sihat dan akan memberi peluang untuk berinteraksi dengan insan lain dalam bentuk yang lebih berseni.

2.3. MUZIK
Muzik sebenarnya mengabungkan seni dan sains bunyi hasil dari suara atau instrument yang dimainkan. Ianya mungkin terhasil secara semulajadi seperti nyanyian alam atau digubah dengan gabungan bunyi dari bebagai instrument. Muzik juga memberi identifikasi budaya dan cara mereka berfikir atau meluahkan pendapat (shamsudin Jamil, 2010).

Tujuan utama pengajaran seni muzik adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pengalaman muzik iaitu, menjiwai melodi dan rentak yang kemudian nya akan membangunkan nilai kreativiti dalam berkarya seni.

3. RUMUSAN
Setiap yang baru akan bermula dari awal. Setiap didikkan bermula dari asasnya. Sesuai dengan pepatah orang-orang dahulu kala dalam mendidik anak-anak. Sinonim dengan peribahasa yang berbunyi bayi diibaratkan kain puteh, ibu-bapa lah yang mencoraknya. Berbalik dengan kanak-kanak dialam prapersekolahan. Guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan juga membentuk peribadi atau pun pengetahuan. Tidak kira samada dari segi kognitif ataupun emosinya. Berbalik pada kertas kerja kali ini, sesuai dengan melentur buluh biar dari rebungnya. Kanak-kanak belajar sejak dari bulan pertama persekolahan lagi. Walaupun agak sukar untuk kanak-kanak dalam usia lima dan enam tahun, namun dengan kesungguhan guru-guru melatih dan mendidik setiap hari dan minggu, akhirnya kanak-kanak tersebut berjaya dengan meriahnya untuk membuat persembahan pada akhir tahun. Setiap usaha yang dilakukan dari awal sudah semestinya akan membuahkan hasil.

RUJUKAN
1. Rohani Abdullah, (2008), Affective Planning and Teaching, Fakulti Pendidikan dan Bahasa.OUM., Kuala Lumpur.
2. Rohani Abdullah, Nani Menom & Mohd Sharani Ahmad (2003), Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
3. Shamsudin Jamil (2010), Art and Creativity for Children, Open University Malaysia, KL

Sunday, August 8, 2010

Distance Learner


1 INTRODUCTION

Distance learning programme allowed student undertakes at home on his spare time. The mode of learning and material for teaching delivered to the student using communication media such as faxes, telephone and internets. In Malaysia, distance learning programs have started by Universiti Sains Malaysia since 1971 and followed by Mara Institute Technology soon after by offering diploma programs in banking, business studies and public administration.

Recently, competition to enhance a distance learning medium among distance learner tertiary institution such as Wawasan Open University and Malaysian Open University growth rapidly in order to challenge Malaysian Government to provide skill worker to propel it toward achieving fully developed nation status by the year 2020 (Erlane et al., 2008) . The use of electronic learning medium become more importance (O’Malley, 1999) and it promoted as an educational medium of the futures as a Lifelong Learning Process.

Today, Using Blended Method of Learning, which is combination of distance learning method and face-to-face tutorial, Open University Malaysia produced more than 5000 postgraduate and undergraduate in varies disciplines such as education, management and engineering. Adult learner especially teacher and clerical staffing take this opportunity to further study. Attending classes at weekend give, they feel college life.

Postgraduate student, with flexible time and lower rate fees furthering their studies to pursued master degree. However, distance learner should equip them self with learning technologies as part of the experience and lead to major improvement of learning process.

2 PURPOSE OF THE STUDIES

This study aimed to determine the problem barrier to the student performance at Open University, Malaysia. Specifically these report objectives of these studies were :-
1.1. To identifying the student proficiency of computer usage, and
1.2. To investigate the degree of understanding to learning process at Open University, Malaysia.

3 LITERATURE REVIEW

Hong, Lai and Holton (2003) reported more then half of the student accepted web-base courses as a medium of learning at University Malaysia Sarawak. In the other hand, Poon et al (2004) report while doing study on this mater that, most of the student were not comfortable with this web-base course method. These two statements show that, actually what happen to the student while using this learning method as a medium of learning.

However, the past research shown a numbers of factor such as Student Characteristic (Poon et al, 2004), technology support system (Poon, et al, 2004) institutional support (Latifah & Ramli, 2005), course content and knowledge management (Selim 2005; Rosenberg, 2001), and online task and discussion group could influence the acceptance of this e-learning medium.

Fauziah Sulaiman, et al (2004) revealed that a positive aspects of education outcomes with the student-facilitator and student-peer collaboration. Student-facilitator collaboration was perceived to be an effect that could result in the enhancement of the learning quality through the engagement of the group task. The student-peer collaboration enables the student to link up difference idea and to share knowledge, induce motivation that contributed to positive learning outcomes.

These educational technologies were use widely, and reported significant achievement gains among student using computer (Kulik & Kulik, 1991). However, some researcher has disputed these finding in terms of mainstream practise. Hong, Lai and Holton (2003) found out their finding agreed similarly to previous researches (Collins, 2000; Swan et al., 2000; Oliver & Omari, 2001; Jiang & Ting, 1998 and Motiwalla & Tello, 2000 in Hong, Lai and Holton (2003) of high level of satisfaction with the web-base course.

4 RESEARCH METHODOLOGY

This study use survey questionnaire with Likert Scale (Likert, 1932) to gather the required data for the purpose of research objective.

Due to short time period, a survey randomly distribute to Open University Malaysia student at Pahang Campus. Twenty students participate and return the questionnaire. Data obtained from the questionnaire were analysed and presented using descriptive statistics to show a degree of accuracy of the finding. However, a numbers of calculated samples should be made against population of the student should be made in even to get more accurate result.


5 FINDING RESULT

5.1 Demographics

Seventy Five percent of the student participate in these studies are female age between twenty six to forty five. All of them were in semester 4 an above. Majority of the student from Bachelor of Management and the rest were from various courses.
Bar Chart 1 below show the overall demographics view of the finding.


Chart 1: Demographic over views


5.2 Computer Proficiency

Two question were ask to get a general information of computer proficiency between student and the finding shown that the know how to operate word processor, manipulating data and preparing presentation. Chart 2 shown that the mean of using Microsoft word, excel and power point were ranging from 4.68, 4.62 and 4.52 with standard deviation lies between 0.582, 0.597 and 0.777.
Chart 3 shown that mean of the items ask for ability to upload and download varies document from different gadget were more than 4.00 with standard deviation ranging 0.769 to 0.976.

Chart 2: Computer proficiency


Chart 3: Ability to use Gadget


5.3 Literate to OUM Environment

Seventy Five percent of the student has a good understanding using distance learner tools. Mean score at 4.00 and standard deviation 0.882 confirm that, they were know how to use LMS Tool and involving in online forum.

85% of respondent agreed this conventional method of learning still giving a good impact to the student. Majority of them agrees classroom with experience tutor still deliver a good experience of learning.



Chart 3: OUM Electronic Learning Method


Chart 4: OUM Conventional Method of Learning


Its mean, OUM strategy to combine these two methods of learning will giving tremendous gained of knowledge to the student.

Most of the respondent agreed that, TSSDAS were having not enough e-book, e-journal or other material. It is also hard to get that information. Both mean score for these two items showed a very low mean with a good dispersion. Chart 5 below showing low mean score for both item were 1.673 and 1.737 with standard deviation 0.733 and 0.688.



Chart 5: OUM Electronic Library

6 DISCUSSION

With a limited time, objective of this research was achieved and revealed areas should have modification for improvement. Most of Open University Malaysia student have a good proficiency in computer. It is mean that they have a capability to excel by following the electronic educational regime. Most of the student involved in online forums, which is included discussion with peer and tutor.
Majority of the student know how to used Microsoft word as word processor, understand how to manipulating data in worksheet by using Microsoft excel and know how to present electronically.
In the university, library is the most importance place. Majority of the student do not understand how to used electronic library. They are thinking library does not have enough books, journal or other material to refer. It is a weakness.
As a researcher, a comprehensive study should be held on aspect of satisfaction of electronic educational medium such as myLMS, online forum, peer-to-peer collaboration and student-tutor discussion. It is important to understand level of student satisfaction and what area they do not satisfy.

7 CONCLUSION

The finding showed that, more should be done for a better improvement in term of LMS tools usage. An assistant tool should be made to guide the student how to utilising the LMS. Electronic Resources Centre should be establish to help student how to utilising an electronic tool. So that that have a specific skill to gain more experience and knowledge.

More electronic material such books and journals should be added to a library. From time to time, a face-to-face guide should be teach to the student how to utilising the facilities of the library.




Reference

Fauziah Sulaiman, Hanafi Atan, Rozhan M Idruz & Hisham Dzakiria (2004), Problem-Based Learning: A stud of the Web Based Synchronous Collaboration, Malaysian Online Journal of Instructional Technology, Vol.1, No.2, pp 58-66.
Lim, C.Y., Hong, K.S., Tan, K.W., (2008), Acceptance of e-learning among Distance Learners: A Malaysian Perspective, In Hello! Where are you in landscape of educational technology? Proceeding ascilite Melbourne 2008. pp 541-551 http://www.ascilite.org.au/conferences/melbourne08/procs/lim.pdf
Poon, W.C., Low, L.T., & Yong, G. F. (2004). A study of Web-based learning (WBL) Environment in Malaysia. The International Journal of Educational Management, 18(6), 374-385.

Isik, O. (2008). E-learning Satisfaction Factors. Proceedings of the 39th Annual Meeting of the Decision Sciences Institute, Baltimore, 941-946. www.decisionsciences.org/Proceedings/DSI2008/docs /94-4010.pdf

Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes, Archives of Psychology, No. 140 In Academic dictionaries and encyclopedias, http://en.academic.ru/dic.nsf/enwiki/254510

Wednesday, November 25, 2009

Permainan Luar Bilik Darjah

Permainan Luar Bilik Darjah
Permainan di luar darjah penting dalam pembangunan kemahiran kanak-kanak di samping membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran sosial dan yakin untuk berinteraksi.
Permainan luar bilik darjah juga sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak meperkembangan domain psimotornya. Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Psikomotor memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-
1. Penguasaan motor halus
2. Perkembangan motor kasar
3. Kesihatan
4. Kselamatan
Penguasaan motor Kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.
Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan dan cara menjauhkan diri dari penyakit.
Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak.
Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat Kesihataan dan tempat-tempat lain yang berkaitan.
Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan.

Sekolah Rumah dan Komuniti


“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti ini.

Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.

Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia:
“In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”.

Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, unggapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama.

Di kalangan masyarakat Melayu, unggapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)

MOTIVATI IBUBAPA DAN KANAK-KANAK



Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri. Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut:


Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi. Ibubapa harus memberikan galakan kepada anak-anak mereka agar perkembangan emosi positif dapat di bentuk pada peringkat yang lebih awal lagi.

Ibubapa harus juga menjauhi perkara-perkara berikut agar pembentukan emosi positif tercapai. Antara lain adalah:
Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.
2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.
3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.
5. Sentiasa Positif

Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.
6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.
7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.
8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.
9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.
10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.