Wednesday, November 25, 2009

Permainan Luar Bilik Darjah

Permainan Luar Bilik Darjah
Permainan di luar darjah penting dalam pembangunan kemahiran kanak-kanak di samping membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran sosial dan yakin untuk berinteraksi.
Permainan luar bilik darjah juga sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak meperkembangan domain psimotornya. Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Psikomotor memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-
1. Penguasaan motor halus
2. Perkembangan motor kasar
3. Kesihatan
4. Kselamatan
Penguasaan motor Kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.
Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan dan cara menjauhkan diri dari penyakit.
Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak.
Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat Kesihataan dan tempat-tempat lain yang berkaitan.
Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan.

Sekolah Rumah dan Komuniti


“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti ini.

Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.

Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia:
“In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”.

Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, unggapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama.

Di kalangan masyarakat Melayu, unggapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)

MOTIVATI IBUBAPA DAN KANAK-KANAK



Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri. Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut:


Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi. Ibubapa harus memberikan galakan kepada anak-anak mereka agar perkembangan emosi positif dapat di bentuk pada peringkat yang lebih awal lagi.

Ibubapa harus juga menjauhi perkara-perkara berikut agar pembentukan emosi positif tercapai. Antara lain adalah:
Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.
2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.
3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.
5. Sentiasa Positif

Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.
6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.
7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.
8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.
9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.
10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.

Sunday, November 22, 2009

Taman Asuhan Kanak-kanak


Kajian menunjukkan bahawa kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung kepada persediaan yang telah diterima semasa umur sebelum 5 tahun (PERMATA Negara, 2009). Sehingga kini masih belum ada acuan atau dasar yang menentukan halatuju asuhan dan didikan kanak-kanak dibawah empat tahun (Shahizan Hasaan &Amad Shahabudin Che Noh (2005). Walaupun begitu, terdapat beberapa universiti, terutamanya OUM yang gigih melahirkan graduan yang terlatih dalam menangani asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
bacaan lanjutan.....

Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak

Penilaian adalah satu aspek penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Penilaian juga bertujuan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak, mengenal pasti pelbagai potensi dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Dimana semua ini akan membantu guru-guru mengesan keberkesanan pengajaran yang telah dilaksanakan. Putri Zabariah dan Rosazizi Abdul Rahim (2008) mendefinisikan penilaian sebagai satu proses pengumpulan maklumat melalui pemerhatian tingkahlaku dan pemerhatian terhadap interaksi. ...bacaan lanjut

Thematic Learning Method


Kurikulum TADIKA dikembangkan berdasarkan kurikulum intergrasi dengan pendekatan tematik iaitu di organisasikan melalui suatu topik atau tema. (Katz and chard, 1989) dalam Soemiarti Patmonodewo (2003) menetapkan kreteria untuk pemilihan tema-tema iaitu mestilah ada perkaitan, kesempatan untuk menerapkan keterampilan, kemungkinan adanya sumber dan minat guru.baca selanjutnya