Monday, September 22, 2008

Per Tiga Ramadhan

Semalam tazkirah kat surau, memberi tekanan. Mana tidaknya, dah sampai pertiga ramadhan ni sepatutnya dah sampai gear laju, bukan lagi gear siput. Koi masih gear siput tapi mengharapkan pengampunan Allah. Ostaz suwoh tambah gear, baru ler boleh sampai. Sejak berada zon 40 ini semua benda rasa rindu. bila tengok rambut dah hampir tak ada hitam pun terasa rindu gak. Bila malam rindu siang, dan bila siang rindukan malam kaedahnya.

Sunday, September 21, 2008

Tebiat Blogger dan Kain Pelikat

Sekian lama, Makteh peratikan, blogger-blogger ni takleh lekang dengan kameranya. Makteh tengok Poktehpun tak nak ketinggalan, sekejab snap sana, sekejap snap sini, tapi idak le sampai le tahap tegar kot.

Semalam, Pokteh, Makteh, Long, Chic dan Amir keluar pergi bandor. Makteh nak ke Pasor, Along nak ke Bazar, Chic nak gi tukar Baju Melayu, Amir ikut suka-suka dan Pokteh cam biasa lah jadi drebar a.k.a bodi gad, a.k.a mesin ATM.


Lepas Makteh gi pasar, pergi tukar baju kat gedung Hari-hari, Pokteh ajak gi Mydin beli butang baju melayu. Along pilih satu kotak, pokteh pilih kain pelikat dan makteh dok perati. hujung-hujung Pokteh kata "kalau beli 1/2 kodi dapat murah kain pelikat ni".
Makteh ingat cakapnya main-main. Tapi bila tengok Along dan Chic pilih kain supaya corak tak serupa barulah Makteh sedar bahawa Pokteh memang serius nak beli 1/2 kodi. Makteh rasa banyak kain tu. Pokteh kata "sikit jer nanti dapat le 2 helai se orang!".


Malamnya, ketiga-tiga mereka berterawih dengan kain pelikat baru!!.

Thursday, September 18, 2008

Komik

Pokteh mula baca komik awal 1990an dulu. Mula-mulanya tertarik kepada lukisan air yang cantik dan kemas. Kemudian bila baca jalan ceritanya, Pokteh mula faham; ceritanya merupakan cerita sejarah; di komikan dan ditambah unsur-unsur drama, cinta dan sebagainya




Sehingga hari ini Pokteh masih lagi mengikuti dan membaca komik-komik ini. Sudahnya anak-anak Pokteh pun meminatinya saban minggu. "Pa! komik dah beli ke?"

Wednesday, September 17, 2008

First Time


hmmms, After same times i did manage to write something on my own and maybe read by others peoples. Don't know what to write yet, maybe start with set-up the blog, gadget and some sort of my sons tools.


Normally old folks like us talking seriously. That's true, People who alway talking about an ideas are better then people who talk about events. Those who talking about people are the worst!.


Not today, i will not express my ideas. but i will look arounds, take a visit to other people's blogs and trying to make up my blog to be much better.